Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Miri, Law Poh Kiong berkata, pihak bomba menerima maklumat kemalangan tersebut pada pukul 8.05 pagi.

Katanya, pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng seramai 10 orang digerakkan ke tempat kejadian.

“Komander operasi melaporkan kemalangan itu melibatkan sebuah kereta jenis Proton Saga FLX yang dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar sebatang pokok di tepi jalan raya.

“Seorang pemandu, Bayang Jamban, 35, terperangkap dalam kereta dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak kesihatan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini sebentar tadi.

Tambahnya, pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa sebelum menyerahkannya kepada pihak polis.

“Oerasi ditamatkan pada pukul 8.55 pagi,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE