Dalam kejadian kira-kira pukul 4.15 pagi itu, mangsa, Tan Kang Kok, 54, memandu sendirian kereta jenis Proton Waja dari arah Tanjong Karang menuju ke Sekinchan.

Kang Kok yang parah dan tersepit di tempat duduk pemandu meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Karang, Azmi Abbas berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.28 pagi.

“Anggota kami mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian di bahagian kaki menggunakan peralatan hidrolik khas.

“Mayat mangsa kemudiaan diserahkan kepada pihak polis sebelum dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk dibedah siasat,” katanya. - UTUSAN ONLINE