Dalam kejadian pada pukul 1.50 petang itu, Toh Kar How, 27, yang memandu kereta Proton Saga BLM maut di tempat kejadian manakala penumpang wanita, Tan Sue Pey, 30, cedera ringan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamad Taib berkata, kemalangan tersebut berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur ke Pulau Pinang.

Katanya, semasa tiba di tempat kejadian, kenderaan dinaiki mereka telah melanggar bahagian belakang treler muatan dedak ayam yang berada di lorong kecemasan.

“Pelanggaran itu menyebabkan kenderaan dipandu mangsa terbakar seratus peratus dan melekat di belakang treler berkenaan.

“Mangsa yang sempat dibawa keluar dari kereta oleh orang awam cedera parah dan maut di tempat kejadian manakala rakannya hanya cedera ringan,” katanya.-UTUSAN ONLINE