Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Lim Bak Phai berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu, mangsa, Mohd. Shukri Yacob, 47, meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kemalangan berlaku apabila mangsa yang memandu Proton Persona dalam perjalanan dari Rawang ke Bukit Beruntung bertembung dengan kereta Honda BRV dipandu seorang lelaki berusia 45 tahun yang masuk ke laluan mangsa dari arah bertentangan.

“Pemandu yang terselamat mengalami patah kaki dan dibawa ke pusat rawatan swasta di Rawang untuk menerima rawatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Bak Phai, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE