Dalam kejadian pada pukul 3.15 pagi itu, Chen Sek Yee, 29, berasal dari Kampung Kolong Pahat, Sungai Lembing di sini, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintenden Mohd. Noor Yusof Ali berkata, ketika kejadian, kenderaan dipandu mangsa yang dalam perjalanan menghala ke Kuantan dari Kemaman, Terengganu dipercayai terbabas sebelum masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan bas ekspres itu.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE