JAHARUDDIN AWANG CHIK
JAHARUDDIN AWANG CHIK

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Mohd. Fuad Majid berkata, mangsa, Jaharuddin Awang Chik, 56, dipercayai terjatuh ke dalam gaung sedalam 30 meter itu sewaktu mencari air untuk keretanya yang rosak. 

"Pihak bomba dimaklumkan  mangsa mencari air kerana enjin kenderaannya panas, namun tergelincir lalu jatuh ke dalam gaung itu," katanya di sini. 

Mohd. Fuad berkata, kejadian menimpa mangsa disedari oleh orang awam yang bertindak menghubungi bomba bagi mendapatkan bantuan pada pukul 5.12 petang.

Menurut beliau, seorang pegawai dan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Rembau bersama sebuah jentera dikerahkan ke lokasi kejadian. 

"Anggota bomba terpaksa menuruni gaung untuk mengeluarkan mangsa. Petugas perubatan yang tiba kemudian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya. - UTUSAN ONLINE