Dalam kejadian pada pukul 6.20 pagi itu, Mah Poh Wah, 42, dan ibunya, Leong Ah Mooi @ Leong Suet Ooi, 72, masing-masing parah di kepala namun Poh Wah disahkan meninggal duniadi tempat kejadian.

Kemalangan itu turut mengakibatkan seorang lelaki berusia 59 tahun yang memandu lori membawa muatan barangan basah ke Pasar Kampar cedera di kepala.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati lori dipandu lelaki itu dalam perjalanan menuju ke arah Kampar.

Bagaimanapun katanya, apabila sampai di tempat kejadian, lori tersebut masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta jenis Proton Wira dinaiki dua beranak yang dalam perjalanan menuju ke arah Tapah.

“Pelanggaran itu mengakibatkan pemandu kereta berkenaan dan ibunya yang duduk di bahagian hadapan kenderaan itu cedera parah di kepala. Lelaki itu bagaimanapun meninggal dunia di tempat kejadian.

“Wanita warga emas yang parah di kepala itu dibawa ke Hospital Tapah untuk rawatan bersama pemandu lori yang turut cedera di kepala. Mayat mangsa juga dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat,” katanya. - UTUSAN ONLINE