Ketua Polis daerah, Superintenden Haslah Bachok berkata, mangsa yang memandu kereta jenis Perodua Kelisa, Naim Zafri Che Yusoff, 26, maut di tempat kejadian akibat tersepit di dalam kenderaannya.

Dalam kejadian pada pukul 6 pagi tadi itu katanya, pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora, Muhammad Azim Kamaruzaman, 26, mengalami luka di pinggang dan dahi.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua kenderaan bertembung di tengah jalan sehingga mengakibatkan Naim Zafri tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Ketika kejadian kereta Perodua Kelisa sedang menghala ke Seremban, manakala Proton Exora datang dari arah bertentangan,” katanya di sini hari ini.

Haslah berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan jalan 1987. - UTUSAN ONLINE