Dalam kejadian pukul 4 pagi itu, mangsa warga tempatan berusia 30-an yang memandu kereta Toyota Corolla maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, ketika kejadian mangsa dikatakan dalan perjalanan dari Bukit Jalil menghala ke Seri Kembangan sebelum sebuah kereta Proton Persona memasuki laluan bertentangan.

“Ekoran itu berlaku pertembungan dari arah depan kedua-dua kenderaan. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas disahkan oleh pegawai perubatan.

“Mayat mangsa dibawa ke hospital berdekatan untuk dibedah siasat sementara pemandu kereta Proton Persona dilaporkan stabil,” katanya di sini hari ini.

Ismadi memberitahu, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE