Mangsa, Mohd. Nazrul Ab. Kiplli, 35, ditemukan orang awam di tingkat satu bangunan itu kira-kira pukul 12.30 tengah malam.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Mohd. Affendy K. Ramin berkata, sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.57 tengah malam, lapan anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Kota Kinabalu dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Pihak bomba menurunkan mangsa dari tingkat satu menggunakan tangga dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE