Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Lelaki maut dipercayai dilanggar lari

Keadaan mayat mangsa kemalangan terbaring di atas jalan di Jalan
Keadaan mayat mangsa kemalangan terbaring di atas jalan di Jalan Kelang Gate di sini semalam.

KUALA LUMPUR 10 Sept. - Seorang penunggang motosikal maut akibat dirempuh sebuah kereta dalam kejadian dipercayai langgar lari di Jalan Klang Gate menghala ke Melawati, pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 10 pagi itu, mangsa, Zamri Mat Rani, 48, terlebih dahulu terjatuh daripada motosikalnya akibat terlanggar tumpahan minyak sebelum dirempuh kereta tersebut.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan berkata, mangsa yang berasal dari Kampung Sungai Chinchin, Gombak dan menunggang bersendirian menghala ke Taman Melawati, ditemukan orang ramai terbaring di atas jalan raya.

Menurutnya, sejurus menerima panggilan pada pukul 10.19 pagi, seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Setapak dikerahkan ke lokasi kejadian untuk tindakan lanjut.

“Sejurus tiba pada pukul 10.36 pagi kita dapati terdapat tumpahan minyak di permukaan jalan raya di lokasi kejadian.

“Dikhuatiri keadaan itu mengancam nyawa pengguna jalan raya yang lain pihak bomba bertindak melakukan kerja pembersihan tumpahan minyak tersebut,” katanya.

Tambahnya, mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain