KUANTAN 28 Ogos - Seorang lelaki maut akibat dihempap sebatang pokok yang tumbang dibadai ribut di hadapan resort Wawa In Muadzam Shah di Rompin dekat sini petang ini.
Difahamkan, ketika kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, mangsa yang berkerja di Mara Liner Muadzam Shah menunggang sebuah motosikal sebelum dihempap pokok tumbang apabila tiba di lokasi kejadian.
Dia dikatakan dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya.
Ketua Polis Rompin, Deputi Superintenden Azly Mohd. Noor mengesahkan kejadian berkenaan.
Identiti mangsa sedang dikenal pasti. - UTUSAN ONLINE