Mangsa, Rashid Harun yang berasal dari Seri Kembangan, Selangor pada awalnya dilaporkan pengsan semasa melakukan aktiviti itu kira-kira pukul 1.50 petang.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Norazam Khamis berkata, mangsa bersama 13 rakannya mula mendaki gunung itu pada awal pagi.

“Pada pukul 1.57 petang bomba menerima laporan mangsa pengsan di puncak gunung setinggi 1, 200 meter itu. Seramai sembilan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Jelebu dikerahkan ke lokasi bagi memberi bantuan.

“Lelaki itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada pukul 7.30 petang semasa dibawa turun dari gunung itu,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Norazam berkata, anggota bomba tiba di kaki Gunung Besar Hantu pada pukul 2.40 petang untuk memulakan pendakian sebelum tiba di puncak gunung tiga jam kemudian.

Difahamkan anggota bomba masih dalam perjalanan membawa turun jenazah mangsa. - UTUSAN ONLINE