Dalam kejadian pada pukul 2.15 pagi itu, Muhammad Amirul Hasnor Hassan, 25, ditemukan di dalam kenderaan jenis Honda Civic yang dipandunya dan disahkan telah meninggal dunia.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintenden Ahmad Adnan Basri berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang bekerja kilang itu dalam perjalanan ke arah Bagan Serai dari Parit Buntar.

Katanya, apabila sampai di tempat kejadian, kenderaan dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas sendiri ke dalam parit di sebelah kiri jalan.

"Mangsa disahkan telah meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat.

"Hasil bedah siasat mendapati punca kematian akibat lemas dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.-UTUSAN ONLINE