Mangsa, Mohammad Syah Amir Shahimi, 23, menjala ke lombong berkenaan bersama abang ipar dan seorang rakannya.

Bagaimanapun, jala yang ditebarkan mangsa telah tersangkut dan dia kemudian menyelam untuk melepaskannya sebelum tenggelam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kampar, Meor Mohd. Ali Meor Hussien berkata, mayat mangsa ditemukan pada pukul 11.40 pagi tidak jauh dari lokasi jalanya yang tersangkut.

Katanya, lokasi pencarian oleh 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kampar dan Batu Gajah berpandukan oleh saksi kejadian iaitu abang ipar mangsa.

“Operasi menyelamat segera dijalankan mengikut arah yang ditunjukkan oleh abang ipar mangsa. Kita menjumpai mayat mangsa dalam jarak dua meter dari lokasi dia tenggelam.

“Mayat mangsa segera dibawa naik ke tebing dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.- UTUSAN ONLINE