WARGA emas, Loo Saik Sheng, 83, maut dirempuh sebuah kereta ketika melintas di Jalan Queen, Pasir Pi
WARGA emas, Loo Saik Sheng, 83, maut dirempuh sebuah kereta ketika melintas di Jalan Queen, Pasir Pi

Dalam kejadian pada pukul 7 pagi itu, mangsa, Loo Saik Sheng yang beralamat di Taman Kampar di sini maut di tempat kejadian akibat kecederaan di beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Ali Tamby berkata, kemalangan berlaku ketika kereta Perodua Axia yang dipandu lelaki berusia 64 tahun itu dalam perjalanan dari pekan Ipoh menghala ke rumahnya di Taman Rasa Sayang.

Katanya, apabila sampai di tempat kejadian, mangsa yang berjalan kaki telah melintas secara tiba-tiba dari kiri ke kanan jalan.

“Pemandu Perodua Axia itu tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa. Mangsa yang cedera maut di tempat kejadian manakala pemandu kereta itu pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat dan siasatan kes dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. - UTUSAN ONLINE