Anggota bomba membawa naik mayat mangsa.
Anggota bomba membawa naik mayat mangsa.

Mayat mangsa, Clement anak Apau, 38, ditemukan sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya pukul 1.38 pagi.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya, Mohd. Sufian Mohd. Lis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pukul 11.54 malam tadi sebelum tiga jentera bersama 15 anggota termasuk dari Balai Tebrau bergegas ke tempat kejadian.

“Berdasarkan maklumat awal, mangsa sedang mandi bersama-sama beberapa rakannya pukul 8 malam tadi dan ketika mandi, mangsa dikatakan tidak timbul.

“Menurut saksi, mangsa telah masuk ke tepi sungai yang berlubuk dan paras air dalam sebelum dipercayai lemas,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE