Dalam kejadian itu, mangsa dikenali sebagai Sardi, 48, mengalami cedera parah akibat tersepit dalam lori berkenaan.

Jurucakap bomba berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu diketuai Annuar Mantali dikejarkan ke tempat kejadian untuk operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.11 pagi.

“Tiba di tempat kejadian, didapati terdapat sebuah lori membawa muatan buah kelapa sawit telah terbabas ke tepi jalan menyebabkan pemandunya cedera parah akibat tersepit,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang berjaya dikeluarkan kemudian diserahkan kepada pihak ambulans dari Hospital Lundu untuk diberikan rawatan sebelum dihantar ke hospital. - UTUSAN ONLINE