Dalam kejadian kira-kira pukul 6.50 petang itu, mangsa yang berusia 54 tahun dikatakan menuju ke sebuah jambatan berhampiran sebelum bertindak terjun ke sungai terbabit.

Seorang anak mangsa berusia enam tahun yang menyaksikan insiden tersebut menyatakan, selepas terjun ke dalam sungai itu bapanya tidak timbul di permukaan.

Lebih membimbangkan sehingga hari ini, mangsa terbabit masih belum ditemukan.

Ketua Polis daerah, Superitenden A. Sahak Rahmat ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Menurutnya, pada peringkat awal selepas menerima maklumat daripada kanak-kanak itu, ahli keluarga dan penduduk kampung berusaha mencari mangsa namun, gagal ditemukan kerana hari semakin gelap.

"Sehubungan itu, operasi mencari dan menyelamat mangsa diaktifkan hari ini dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

"Siasatan juga masih dijalankan bagi mengenal pasti punca lelaki tersebut terjun ke dalam sungai," katanya, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE