Lelaki ditemukan maut terjatuh
Asisten Komisioner R. Munusamy

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, lelaki berusia 52 tahun ditemukan dalam keadaan terbaring oleh orang awam kira-kira pukul 10.51 pagi.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa telah menghidapi penyakit mental dan pernah menerima rawatan di Hospital Tanjung Rambutan sejak tahun 2012.

“Mangsa meninggal dunia akibat kecederaan di kepala serta patah di bahagian tangan kiri dan kanan serta patah kaki kiri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Munusamy, mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat.- UTUSAN ONLINE