Mangsa, Mukmin Hitam, 50, dipercayai hilang semasa di kawasan sungai semasa rakan-rakannya berulang-alik ke jeti berhampiran.


Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri dalam satu kenyataan memberitahu, pada awalnya mangsa memeriksa lukah masing-masing di sungai berkenaan.


“Mangsa bersama-sama bot dipercayai hilang dan lemas semasa rakannya berulang-alik ke jeti berdekatan sungai itu.


“Berikutan itu satu bot bersama-sama tiga anggota dari Balai Bomba Tangkak dan Muar dikejarkan untuk kerja-kerja mencari dan menyelamat,” demikian menurut kenyataan itu.


Menurut kenyataan itu, operasi mencari dan menyelamat dihentikan pukul 2.45 pagi tadi dan dimulaka semula pukul 7.15 pagi ini. - UTUSAN ONLINE