Mangsa, Taufik Nizam Cheng, 58, ditemukan maut dalam keadaan terduduk di sebelah tingkap biliknya oleh anggota bomba kira-kira pukul 4.05 petang tadi.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa sedang berseorangan di rumah manakala abangnya yang juga menghuni rumah tersebut keluar bekerja sejak pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah, Timbalan Penguasa Bomba Mohd. Faizal Md. Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 3.59 petang.

"Kebakaran bermula dari bilik mangsa dan tidak melibatkan kawasan lain. Kita juga sedang siasat punca sebenar kebakaran," katanya ketika ditemui, di sini hari ini.

Tambahnya, mayat telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - UTUSAN ONLINE