Lelaki Bangladesh maut tertimbus tanah di Cameron Highlands
KEADAAN di tempat kejadian tanah runtuh yang menyebabkan  seorang lelaki warga Bangladesh maut  akibat tertimbus di Cameron Highlands hari ini. - UTUSAN ONLINE

Kejadian pada pukul 3 pagi itu berlaku ketika mangsa, Md. Belel Miidha, 28, sedang tidur dalam pondok yang dibina di lereng bukit dikawasan kebun bunga tersebut.

Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Hasadid A. Hamid berkata, mangsa bukan pekerja di kebun berkenaan tetapi datang melawat saudaranya yang merupakan pekerja di situ.

Katanya, runtuhan tanah berlaku ekoran hujan berterusan sejak awal pagi semalam.

"Semasa kejadian, saudara mangsa sempat menyelamatkan diri dan kemudiannya meminta pertolongan daripada rakannya yang untuk menyelamatkan mangsa yang tertimbus.

"Mangsa yang tidak sempat melarikan diri maut di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom di sini untuk bedah siasat," katanya. - UTUSAN ONLINE