Ketua Polis daerah, Superintenden Mohamad Mansor Mohd. Nor berkata, kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu berlaku ketika Monir Hossain Jalauddin, 40, yang tinggal di Shah Alam Selangor mandi bersama enam rakannya di air terjun berkenaan.

"Ketika mandi, kaki mangsa dipercayai tersangkut pada kayu di dasar air terjun berkenaan menyebabkannya tidak dapat bergerak dan lemas.

"Mayat mangsa ditemukan pasukan bomba dan penyelamat yang melakukan operasi mencari mangsa," katanya di sini hari ini.

Menurut Mohamad Mansor, mayat mangsa dihantar ke Hospital Bentong untuk bedah siasat. - UTUSAN ONLINE