Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Lelaki 47 tahun hilang tiga jari main mercun

KOTA BHARU 12 Jun – Jika sebelum ini mangsa mercun buatan sendiri sering membabitkan kanak-kanak dan remaja tetapi kali ini lain pula ceritanya.

Wan Rodzi Wan Dullah yang hilang tiga batang jari akibat bermain mercun buatan sendiri di Kampung Kutan Tengah, Pasir Mas, Kelantan, semalam. UTUSAN/FIRDAUS HASSAN

Seorang lelaki berusia 47 tahun hilang tiga jari gara-gara menghasilkan mercun buatan sendiri di rumahnya di Kampung Kutan Tengah, Pasir Mas malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu berlaku ketika mangsa, Wan Rodzi Wan Dullah dikatakan memasukkan belerang mercun bola ke dalam sebatang besi.

Bagaimanapun ketika mangsa cuba menyalakan sumbu mercun yang diubah suai itu, besi itu tiba-tiba meletup.

“Ketika itu, saya seorang diri bermain mercun tersebut di hadapan rumah. Semasa membakar sumbu mercun itu secara tiba-tiba meletup dan saya tidak sempat melemparkan batang besi.

“Pada masa itu, tangan kiri saya terasa amat sakit. Saya dapati ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu saya hancur terkena serpihan besi dan letupan be­lerang berkenaan,” katanya ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini hari ini.

Tambahnya, dia dihantar ke hospital oleh isterinya dengan menaiki motosikal.

“Doktor memberitahu tiga batang jari saya hancur dan perlu dibedah sebelum dibenarkan keluar dari hospital.

“Saya serik, akibat tindakan ini saya terpaksa beraya dalam keada­an yang tidak sempurna. Tujuan asal saya hanya untuk membuat eksperimen tetapi tidak sangka jadi begini,” keluhnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain