Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah berkata, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Semporna bersama 12 anggota termasuk seorang pegawai terus bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.48 malam.

“Kebakaran dianggarkan berlaku melibatkan lebih 30 buah rumah membabitkan keluasan kawasan 0.12 hektar.

“Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporan serta operasi tamat sepenuhnya pada pukul 2.48 pagi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE