Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 9.32 malam lalu segera menghantar sepasukan 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu dan Samalaju ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi, pasukan bomba mendapati api sedang marak membakar sebahagian daripada rumah yang dihuni 406 orang itu.

“Tindakan pantas mengawal api berjaya menghalang kebakaran memusnahkan 27 pintu rumah panjang di situ, namun 36 pintu atau 70 peratus daripada kediaman tersebut musnah,” katanya ketika dihubungi di sini pagi ini.

Beliau berkata, kebakaran memusnahkan 36 pintu rumah panjang itu menyebabkan lebih 200 penghuninya hilang tempat tinggal. - UTUSAN ONLINE