Antara kawasan yang dinaiki air dengan ada yang sehingga paras lutut adalah sekitar pusat bandar Georgetown; Jalan Bukit Relau; Sungai Ara; Paya Terubong; Greenlane dan Jalan Masjid Negeri.

Turut terjejas adalah sekitar kawasan Sungai Nibong; Sungai Dua dan Taman Pekaka; Farlim; Sungai Pinang dan Jalan P. Ramlee.

Bagaimanapun, jurucakap bomba dan penyelamat negeri memaklumkan, sehingga kini tiada laporan kemusnahan harta-benda atau kemalangan jiwa diterima pihaknya daripada bencana tersebut. – UTUSAN ONLINE