Dalam kejadian pukul 7.30 malam, mangsa Freddie Delvis Digat, 27, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di anggota badannya.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, mangsa yang bertugas di Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dikatakan menunggang motosikal Honda Ex-5 seorang diri ketika kejadian.

“Dalam kejadian itu mangsa telah dirempuh oleh sebuah kereta Perodua Myvi datang dari arah hadapan ketika mangsa dikatakan membelok ke kanan.

“Ekoran kemalangan itu, mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepalanya meninggal dunia di tempat kejadian. Manakala pemandu kereta yang merupakan wanita berusia 43 tahun trut mengalami kecederaan,” katanya di sini malam tadi.

Jelas Ali, mayat mangsa telah dibawa ke hospital sebelum dihantar pulang ke kampung halamannya di Kota Samarahan, Sarawak untuk urusan pengebumian dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE