Kesesakan yang berlaku akibat kemalangan
Kesesakan yang berlaku akibat kemalangan

Difahamkan, kejadian berlaku selepas sebuah treler membawa muatan barangan keperluan harian terbabas lalu melanggar sebuah treler pengangkut tanah yang menuju arah sama.

Akibat kejadian itu, laluan LPT menuju Kuantan di Kilometer 160.3 dekat Maran mengalami kesesakan selepas kedua-dua lorong terhalang oleh barang muatan yang berselerak di atas jalan.

Sehingga pukul 7 petang tadi, hanya satu lorong dibuka untuk laluan kenderaan ringan.

Kejadian tersebut turut menyebabkan pemandu dan kelindan treler pengangkut tanah mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini untuk rawatan.- UTUSAN ONLINE