Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Lagi kanak-kanak lemas di resort

Lemas

KOTA BHARU 20 Mac - Seorang kanak-kanak berusia lima tahun ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam kolam renang untuk orang dewasa ketika mandi-manda di sebuah resort di Pantai Cahaya Bulan (PCB) di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, mangsa, Nik Muhammad Adam Rosmizi disedari lemas oleh orang awam yang turut beriadah di kolam renang terbabit.

Difahamkan, kanak-kanak itu mandi di kolam renang kanak-kanak namun tergelincir ke dalam kolam renang dewasa yang terletak bersebelahan.

Bapa mangsa, Rosmizi Ahmad, 46, berkata, mereka sekeluarga menginap di resort tersebut sejak semalam kerana menghadiri majlis perjumpaan rakan sekolah isterinya.

"Semasa kejadian, saya tidak menyedari dia berada di kolam untuk orang dewasa. Sebelum itu saya melihat dia mandi di kolam renang kanak-kanak.

"Saya sedar apabila orang ramai mula kecoh dan terkejut melihat dia sudah meninggal dunia," katanya ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Baharom Abu ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Beliau turut menasihati orang ramai agar memantau pergerakan anak masing-masing semasa melakukan aktiviti riadah bagi mengelak tragedi seumpama itu berulang.

Kejadian lemas itu merupakan kali kedua berlaku di resort tersebut dalam bulan ini.

Dalam kejadian pada 11 Mac lalu, seorang kanak-kanak, Abdullah Wafi Mohd Zaidi, 6, meninggal dunia selepas lemas di kolam mandi kira-kira pukul 6 petang. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain