Pengarah Jabatan Perhutanan negeri,  Datuk Dr. Mohd. Hizamri Mohd Yasin berkata, dalam serbuan itu, pihaknya turut merampas tiga jengkaut, sebuah jentolak dan sebuah lori yang dipercayai digunakan untuk melakukan kegiatan haram berkenaan sejak seminggu lalu.

"Dalam pemeriksaan yang dilakukan, kita menemukan tiga longgok balak jenis meranti, keruing, kempas dan cengal seberat 200 hingga 300 tan.

"Kita turut menahan tiga penebang balak warga Indonesia untuk siasatan lanjut," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Mohd. Hizamri, anggota Unit Penguatkuasa Zon Pahang Timur dan Barat kini sedang melakukan siasatan dan tinjauan di kawasan Hutan Simpan Kelau bagi mengumpul maklumat dan melihat kesan kegiatan penebangan.

 "Kita sentiasa memandang serius kegiatan penebangan balak secara haram di negeri ini bagi memastikan kesan kerosakan alam sekitar tidak terus berlaku selain menyebabkan kerugian hasil cukai kepada kerajaan," ujarnya. - UTUSAN ONLINE