Difahamkan, kesemua mangsa berusia antara 20 dan 70 tahun itu memulakan pendakian pada pukul 9.30 pagi namun gagal menuruni bukit kerana keadaan persekitaran yang sangat gelap.

Jurucakap bomba Selangor ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10 malam sebelum sebuah jentera tiba di lokasi kejadian 20 minit kemudian.

“Kita kemudian mendaki bukit tersebut dengan bantuan bomba sukarela dan mencari mangsa sebelum membawa mereka menuruni bukit dengan selamat.

“Kesemua mangsa berjaya dibawa turun pada pukul 12.30 tengah malam dalam keadaan selamat. Mereka juga menjalani pemeriksaan kesihatan oleh pihak ambulans yang menunggu di kaki bukit,” katanya.-UTUSAN ONLINE