Menurut Penyelia Tanah Perkuburan Raudatul Sakinah, Abdul Hamid Abdul Ghani, pihaknya memulakan urusan penggalian liang lahad sejak awal pagi semalam lagi.

"Kita melakukan persiapan menggali seawal 8 pagi semalam dan disambung sehingga pagi tadi," katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Taman Batu Muda, di sini hari ini.

Katanya, proses penggalian ini melibatkan 10 orang penggali kubur. - UTUSAN ONLINE