Baginda turut mengingatkan semua pihak supaya sentiasa berwaspada dan berpindah segera jika diarahkan berbuat demikian oleh pihak berkuasa.

"Semua pihak kena bersiap sedia, penduduk tinggal di kawasan berisiko banjir harus bersedia. Jangan tunggu air semakin meningkat baru hendak berpindah.

"Saya berdoa supaya banjir kali ini tidak buruk dan semuanya baik-baik sahaja," titah baginda semasa melawat mangsa banjir yang dipindahkan di pusat penempatan sementara di Sekolah Kebangsaan Cherating di sini hari ini.

Hujan berterusan kadangkala lebat sejak kelmarin menyebabkan beberapa kawasan di daerah ini dilanda banjir dengan 27 mangsa daripada lapan keluarga dipindahkan ke pusat penempatan sementara tersebut.

Lima sekeluarga dari Kampung Baru Cherating menjadi kumpulan pertama dipindahkan ke pusat berkenaan kira-kira pukul 9 pagi ini selepas rumah mereka dinaiki air diikuti mangsa-mangsa lain secara berperingkat. - UTUSAN ONLINE