Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ampang, Timbalan Penguasa Bomba Ariff Mohamed Kassim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.11 pagi sebelum satu jentera diarahkan ke lokasi kejadian.

“Apabila tiba, kita dapati hanya satu lorong sahaja yang boleh dilalui oleh kenderaan mengakibatkan keadaan trafik sesak sepanjang tiga kilometer.

“Pemandu kren berusia 40-an didapati cedera di bahagian pinggang dan telah dibawa ke Hospital Ampang untuk mendapatkan rawatan. Tiada kecederaan mengakibatkan orang awam dilaporkan,” katanya.

Tambahnya, kerja-kerja mengalihkan kren sedang dijalankan. - UTUSAN ONLINE