Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, selain tenaga sukarelawan bagi membantu mangsa terlibat, konvoi tersebut akan mengedarkan barangan keperluan asas termasuk lampin pakai buang dan makanan.

“Misi ini akan berlangsung selama dua hari iaitu bermula di Tasek Gelugor dan Permatang Pauh di Pulau Pinang. Seterusnya kita akan terus ke Merbok, Kedah bagi membantu mangsa banjir di sana.

“Kita juga mempunyai tenaga sukarelawan seramai 600 orang daripada Pergerakan Puteri UMNO di kedua-dua negeri tersebut,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelepasan konvoi berkenaan di PWTC di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE