Difahamkan, dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, semua mangsa cedera selepas dihempap besi khemah gerai-gerai peniaga di kawasan berkenaan.

Menurut Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan, mangsa-mangsa terbabit telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk menerima rawatan lanjut.

"Keadaan terkawal dan orang awam yang berada di perkarangan kompleks ini diarahkan untuk berpindah ke dalam bangunan.

"Muktamar Tahunan Pas Ke-63 yang memasuki hari kedua akan diteruskan mengikut jadual seperti biasa esok," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE