Menurut Pusat Kawalan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri di pondok Timpohon, daripada jumlah itu enam pendaki mengalami kecederaan.

Setakat pukul 3.20 petang ini, 137 pendaki masih lagi berada di Gunung Kinabalu iaitu 105 pendaki bersama 32 malim gunung berada di puncak.

Selebihnya berada di sekitar kawasan termasuk Laban Rata.

Difahamkan, dua mangsa dilaporkan hilang selepas tiada di kawasan pengumpulan mahupun laluan pendakian. - UTUSAN ONLINE