Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Rizal Buang berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 6.50 petang dan sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara dihantar ke tempat kejadian.

“Sebanyak 51 anggota dari lima BBP terlibat dalam operasi memadam api yang hanya dapat dikawal pada pukul 8.17 malam tadi.

“Kebakaran hanya melibatkan 30 peratus bahagian kilang di tingkat satu dan tiga yang merupakan tempat memproses, pejabat serta stor premis itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut Mohd. Rizal, kilang berkenaan beroperasi 24 jam dan ketika kejadian, sebanyak 75 pekerja berada di dalam premis tersebut, namun kesemuanya berjaya menyelamatkan diri.

Tambahnya, api berjaya dipadam sepenuhnya pada pukul 10.35 malam tadi. - UTUSAN ONLINE