Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, kejadian pukul 5.40 pagi itu mengakibatkan kese-luruhan kilang itu musnah 100 peratus.

Jelasnya, selain 22 anggota dan pegawai bomba yang bertugas memadamkan api, turut membantu ialah Tenaga Nasional Berhad (TNB), Polis Diraja Malaysia serta pasukan bomba sukarela (PBS).

“Buat masa ini kerja-kerja pemadaman masih lagi dijalankan melibatkan tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang, Pandan dan Keramat. Keluasan kawasan kejadian melibatkan 21 meter x 30 meter.

“Tiada mangsa yang terlibat dalam insiden tersebut dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE