Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah hari ini, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, BBP Kota Kinabalu dan BBP Lintas dikerahkan ke tempat kejadian sejurus selepas menerima panggilan kecemasan pada 8.36 malam.

"Kebakaran tidak melibatkan struktur bangunan, hanya longgokan papan dan kayu yang disimpan di gudang penyimpanan papan.

Pasukan bomba mendapatkan sumber air daripada pili bomba dan kolam berhampiran. Kebakaran akhirnya dapat dikawal pada jam 10.16 malam," kata kenyataan itu.

Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dan punca kebakaran sedang disiasat. - BERNAMA