Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri, Mohd. Arshad Abdullah berkata, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu.

“Kebakaran yang dipercayai bermula dari rumah pekerja itu turut menyebabkan 13 rumah pekerja dan stor simpanan kayu musnah terbakar.

“Pada masa ini, bomba masih melakukan siasatan punca kejadian dan jumlah kerugian,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE