Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Kulai, Solleh Nasir berkata, pihaknya menerima laporan tentang kejadian tersebut pada pukul 5.19 petang dan sebanyak tiga jentera dengan 17 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Operasi memadamkan api masih dijalankan bagi mengelakkan api merebak ke kilang bersebelahan. Kita difahamkan kilang itu merupakan stor menyimpan barang lusuh dan belum ada kepastian ia dijadikan tempat simpanan mercun," katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE