Zainuddin Omar meninggal dunia selepas mendapat rawatan awal di Klang, semalam. – Ihsan Polis
Zainuddin Omar meninggal dunia selepas mendapat rawatan awal di Klang, semalam. – Ihsan Polis

Kejadian berlaku kira-kira pukul 5.26 pagi ketika mangsa, Sarjan Zainuddin Omar, 55, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kapar selepas tamat bertugas.

Mangsa bagaimanapun sempat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang tetapi disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 2.33 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd. Yusoff Mamat berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 terbabas dan jatuh di bahu jalan.

“Mangsa dipercayai kemalangan sendiri selepas motosikal yang dipandunya tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas dan akibat kemalangan mangsa cedera parah di bahagian kepala dan di hantar ke HTAR untuk rawatan.

“Bagaimanapun, kira-kira pukul 2.33 petang tadi mangsa telah disahkan meninggal dunia ketika dirawat di hospital terbabit," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Yusoff memberitahu, siasatan di tempat kejadian mendapati kawasan kemalangan itu mempunyai lampu jalan dengan permukaan jalan kering tetapi tidak dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV).

“Siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya.