Dalam kejadian pada pukul 6.40 petang itu, Raja Rohamli, 56, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah, Superitenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa yang dalam perjalanan ke pekan Tapah terjatuh sendiri dari basikal yang ditunggangnya.

Katanya, kejadian itu menyebabkan mangsa cedera parah di kepala dan kematiannya di tempat kejadian disahkan oleh pihak hospital.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat dan siasatan kes dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. - UTUSAN ONLINE