Mangsa, Jaafar Awang Teh, 79, terperangkap di dalam lubang itu bersama dengan kereta jenis Proton Iswara sebelum diselamatkan oleh orang ramai dan anggota Angkatan Perkhidmatan Awam Malaysia (APM).

Ketika kejadian berlaku, Jaafar dikatakan tidak perasan jalan tersebut terputus dan dia cuba mengelak namun gagal.

Mangsa bagaimanapun tidak mengalami kecederaan yang serius dan hanya calar di bahagian pipi kiri. - UTUSAN ONLINE