Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, kejadian pukul 3.15 pagi semalam itu berlaku apabila lelaki berusia 44 tahun itu memandu laju dan hilang kawalan selepas melalui bonggol jalan di kawasan berkenaan.

“Akibat kejadian, kereta dipandu mangsa dari arah Jalan Daya Utama terbabas ke kiri jalan dan merempuh empat buah kereta jenis Ford Mondeo, Proton Waja dan dua Perodua Viva.

“Mangsa hanya mengalami luka pada bahagian tangan dan kes disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE