Dalam kejadian kira-kira pukul 5.40 petang itu, tiga mangsa yang identitinya masih belum dikenal pasti ditemukan tersepit dan rentung dalam kenderaan tersebut.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada pukul 5.46 petang dan sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, sebanyak sembilan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kajang dikerahkan bagi operasi memadam kebakaran.

“Apabila tiba di lokasi, kita mendapati sebuah kenderaan jenis BMW didapati remuk dan terbakar.

“Anggota bomba kemudian segera memadamkan kebakaran itu dan operasi mengeluarkan semua mangsa dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE