Dalam kejadian kira-kira pukul 5.40 pagi itu, mangsa, Mohd. Hairul Ab. Jalil, 40, dan isteri, Saadah Ab. Hamid, 35, meninggal dunia di tempat kejadian.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jasin Bistari, Pegawai Bomba Kanan II Abu Razak Taat memberitahu, pihaknya tiba di lokasi kejadian pada pukul 6.14 pagi.

“Mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu dan di tempat duduk hadapan tidak sedarkan diri dan parah di badan.

“Mangsa berjaya dikeluarkan kira-kira 30 minit kemudian, bagaimanapun kedua-duanya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan, manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Arshad Abu ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE